Skip to main content

PROGRAM LATIHAN DALAM DAN LUAR NEGARA

< Kembali ke Laman Utama

KURSUS FOUNDATION IN OCCUPATIONAL HEALTH & SAFETY

S.P.S.S. Sdn. Bhd. sentiasa komited dalam memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi anggota melalui penyertaan dalam Kursus Foundation in Occupational Health & Safety yang telah diadakan di CORTEX Training & Development Company, Kg Jerudong Negara Brunei Darussalam.

Penyertaan dalam kursus ini merupakan salah satu usaha berterusan S.P.S.S dalam meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman anggota terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas harian.

Melalui kursus tersebut, peserta telah diberikan pendedahan mengenai prinsip-prinsip asas HSE serta kepentingan mengenal pasti dan mengawal risiko di tempat kerja. Pengetahuan yang diperoleh diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan Pengawal Keselamatan SPSS untuk melaksanakan tugas dengan lebih selamat, cekap, profesional dan bertanggungjawab.

SPSS akan terus memberikan penekanan terhadap pembangunan dan peningkatan kompetensi anggota bagi memastikan setiap anggota sentiasa bersedia menghadapi keperluan dan cabaran dalam industri perkhidmatan keselamatan.

Sumber/ Kredit: Unit Latihan

Popular posts from this blog

Peluang Pekerjaan

Pengenalan SPSS

Aktiviti semasa, Keagamaan dan Sukan