Posts

Showing posts from September, 2026

Keagamaan

Image
Kembali ke Laman Utama Keagamaan & Kerohanian Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H IBU PEJABAT SPSS, JERUDONG • 12 MAC 2026 JERUDONG, 12 Mac 2026 – Setia Protective Security Services (SPSS) telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1447H bertempat di Ibu Pejabat SPSS, Jerudong bagi memperingati peristiwa suci penurunan kitab suci Al-Quran. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Pmk. Pengurus Keselamatan Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Imran . Manakala majlis yang penuh keberkahan ini telah dipengerusikan oleh 74 SI Yunus bin Haji Saili dan dimulakan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan serta perlindungan daripada Allah SWT. "Mengukuhkan Pembelajaran Al-Qur'an dan Menghayati Ajarannya" Acara diteruskan dengan ceramah kh...

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri SPSS 1447H / 2026M

Image
Kembali ke Laman Utama Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri SPSS 1447H / 2026M Sambutan • 10 April 2026 • Tarindak D’Seni BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April 2026 – Dalam suasana Syawal yang penuh kegembiraan, Setia Protective Security Services (SPSS) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Tarindak D’Seni . Majlis yang penuh bermakna ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu khas: Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu , Pengerusi Lembaga Pengarah SPSS Sdn Bhd. Yang Mulia Hajah Badariah binti Haji Yahya , Setiausaha Korporat Lembaga Pengarah SPSS Sdn Bhd. Lt Kol (B) Iskandar bin Dato Paduka Haji Yahya , Ketua Pegawai Eksekutif SPSS Sdn Bhd. Turut hadir menyerikan majlis ialah barisan pihak pengurusan, pegawai-pegawai, serta warga kerja SPSS dari pelbagai unit dan bahagian. ...

Acara Kejohanan Sukan Tarik Tali BKAS SPSS Mempamerkan Belang Dan Semangat Juang Kental Di Kejohanan Tarik Tali 2026

Image
Kembali ke Laman Utama Laporan Sukan & Kejohanan SPSS SPORTS BULLETIN MUSIM 2026 DAERAH TUTONG   Acara Kejohanan Sukan Tarik Tali BKAS SPSS Mempamerkan Belang Dan Semangat Juang Kental Di Kejohanan Tarik Tali TUTONG, 5 Jun 2026 – Acara Kejohanan Tarik Tali BKAS SPSS, sekali lagi membuktikan keteguhan mental, fizikal, dan disiplin yang tinggi apabila mempamerkan aksi yang sangat mengagumkan dalam Kejohanan Tarik Tali yang berlangsung di Kawasan Lapang Skateboard, Daerah Tutong baru-baru ini bagi musim tahun ini. Aksi & Lensa Kejohanan Kembali ke Laman Utama

Aktiviti Keagamaan: Memperingati Maulud Nabi S.A.W. Peringkat Kebangsaan dengan Semangat Kebersamaan

Image
Kembali ke Laman Utama Aktiviti Keagamaan & Kebangsaan SPSS CONNECT TAHUN 2026 BANDAR SERI BEGAWAN SPSS Memperingati Maulud Nabi S.A.W. Peringkat Kebangsaan dengan Semangat Kebersamaan BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos 2026 – Syarikat Setia Protective Security Services Sdn Bhd (SPSS) telah turut serta dalam Majlis Memperingati Maulud Nabi S.A.W. Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1448H. Acara yang penuh berkat ini telah berlangsung di Padang Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (Padang SOAS), Bandar Seri Begawan. Penyertaan delegasi dari SPSS pada tahun ini diketuai oleh Yang Mulia Haji Abd Rahim bin Haji Imran selaku Pemangku Pengurus Keselamatan. Kehadiran beliau bersama-sama warga syarikat mencerminkan komitmen berterusan SPSS dalam menyemarakkan acara-acara keagamaan kebangsaan serta mengukuhkan sokongan terhadap inisiatif negara. ...

PROGRAM LATIHAN DALAM DAN LUAR NEGARA

< Kembali ke Laman Utama KURSUS FOUNDATION IN OCCUPATIONAL HEALTH & SAFETY S.P.S.S. Sdn. Bhd. sentiasa komited dalam memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi anggota melalui penyertaan dalam Kursus Foundation in Occupational Health & Safety yang telah diadakan di CORTEX Training & Development Company , Kg Jerudong Negara Brunei Darussalam. Penyertaan dalam kursus ini merupakan salah satu usaha berterusan S.P.S.S dalam meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman anggota terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas harian. Melalui kursus tersebut, peserta telah diberikan pendedahan mengenai prinsip-prinsip asas HSE serta kepentingan mengenal pasti dan mengawal risiko di tempat kerja. Pengetahuan yang diperoleh diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan Pengawal Keselamatan SPSS untuk melaksanakan tugas dengan lebih selamat, cekap, profesional dan bertanggung...