Keagamaan
Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H
JERUDONG, 12 Mac 2026 – Setia Protective Security Services (SPSS) telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1447H bertempat di Ibu Pejabat SPSS, Jerudong bagi memperingati peristiwa suci penurunan kitab suci Al-Quran.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Pmk. Pengurus Keselamatan Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Imran. Manakala majlis yang penuh keberkahan ini telah dipengerusikan oleh 74 SI Yunus bin Haji Saili dan dimulakan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan serta perlindungan daripada Allah SWT.
Acara diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama daripada Pusat Da’wah Islamiah.
Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan kepentingan memahami serta mempraktikkan ajaran Al-Quran bagi membentuk akhlak yang mulia dan integriti tinggi dalam kalangan anggota keselamatan semasa menjalankan amanah dan tugas harian.